Monday, December 23, 2013

Siru fi himallah oleh ustaz haslin dengan lirik

 سيروا في حمى الله المعين

 siru fi himallah hil muin
lirik nya..
2x سيروا في حمى الله المعين كنوا جنود ربَ العالمين
Berjalan lah , dalam pemeliharaan ALLAh
Jadikanlah , kamu tentera tuhan Semesta Alam
إعملوا تنالوا واهتفوا وقلوا ماليزيا لنا ...لا للمرتدين x2
Beramal lah teruskan lah katakan lah
Malaysia milik kita bukan milik mereka yang kesesatan
عاشت ماليزيا حرة لنا ودامت أرضها للمسلمين x2


Hidup , Malaysia merdeka untuk kita dan sentiasa buminya bagi orang islam
Nyanyian Ustaz haslin baharin(ustaz bollywood)

Contoh-contoh mukhadimah pidato atau ceramah

CONTOH-CONTOH MUKADIMAH KETIKA BERPIDATO ,CERAMAH ,BERCAKAP DAN LAIN-LAIN 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ ،َأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.، أَمَّا بَعْدُ؛

Segala puji bagi Allah, kita memuji-Nya dan meminta pertolongan, pengampunan, dan petunjuk-Nya. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kita dan keburukan amal kita. Barang siapa mendapat dari petunjuk Allah maka tidak akan ada yang menyesatkannya, dan barang siapa yang sesat maka tidak ada pemberi petunjuknya baginya. Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Ya Allah, semoga doa dan keselamatan tercurah pada Muhammad dan keluarganya, dan sahabat dan siapa saja yang mendapat petunjuk hingga hari kiamat.


اَلْحَمْدُ ِللهِ الْمَلِكِ الْحَقِّ الْمُبِيْنِ، الَّذِي حَبَانَا بِالْإِيْمَانِ واليقينِ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد،ٍ خَاتَمِ الأَنْبِيَاءِ وَالمُرْسَلِين، وَعَلَى آلِهِ الطَّيِّبِيِن، وَأَصْحَابِهِ الأَخْيَارِ أَجْمَعِين، وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ

Segala puji bagi Allah, al-Malik Al-Haqq, Al-Mubin, yang memberikan kita iman dan keyakinan. Ya Allah, limpahkan shalawat pada pemimpin kami Muhammad, penutup para nabi dan rasul, dan begitu pula pada keluarganya yang baik, kepada para sahabat piluhan, dan yang mengikuti mereka dengan penuh ihsan hingga hari kiamat.


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيْرًا بَصِيْرًا، تَبَارَكَ الَّذِيْ جَعَلَ فِي السَّمَاءِ بُرُوْجًا وَجَعَلَ فِيْهَا سِرَاجًا وَقَمَرًا مُنِيْرًا. أَشْهَدُ اَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وأََشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وُرَسُولُهُ الَّذِيْ بَعَثَهُ بِالْحَقِّ بَشِيْرًا وَنَذِيْرًا، وَدَاعِيَا إِلَى الْحَقِّ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُنِيْرًا. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا. أَمَّا بَعْدُ؛


Segala puji bagi Allah, yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat hamba-hambanya, Maha suci Allah, Dia-lah yang menciptakan bintang-bintang di langit, dan dijadikan padanya penerang dan Bulan yang bercahaya. Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, yang diutus dengan kebenaran, sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan, mengajak pada kebenaran dengan izin-Nya, dan cahaya penerang bagi umatnya. Ya Allah, curahkan sholawat dan salam bagi nya dan keluarganya, yaitu doa dan keselamatan yang berlimpah.


الْحَمْدُ لله رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ عَلَى أُمُوْرِ الدُّنْيَا وَالدِّيْنِ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْنَ، نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِيْنَ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ، وَبَعْدُ:
 ” Segala puji hanya milik Allah Rabb alam semesta, kepada Allah kita memohon pertolongan atas segala urusan dunia dan agama, shalawat dan salam semoga senantiasa tercurah atas sebaik-baik Rasul yaitu Nabi Muhammad SAW, dan atas semua keluarganya, para shahabatnya, para tabi`in, dan semua yang mengikuti mereka dengan baik sampai hari pembalasan. Wa ba’d”

الْحَمْدُ لله الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالْهُدَى وَدِيْنِ الْحَقِّ، لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَكَفَى بِاللهِ شَهِيْدًا، . أَشْهَدُ … وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا… اَللَّهُمَّ صَلِّ ..، وَبَعْدُ:
 “Segala puji hanya milik Allah yang telah mengutus Rasul-Nya dengan hidayah dan Agama yang Haq, untuk memenangkannya atas semua agama lainnya, dan cukuplah Allah sebagai saksi, Aku bersaksi … dan aku bersaksi bahwa … Wa ba’d”

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ، فَانْتَهُوْا عَمَّا نَهَى عَنْهُ وَحَذَّرَ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ اَلْوَاحِدُ الْقَهَّاُر، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ سَيِّدُ اْلأَبْرَارِ. فَصَلَوَاتُ اللهِ وَسَلاَمُهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَ هُدَاهُ إِلَى يَوْمِ الْبَعْثِ وَالنُّشُوْرِ. أَمَّا بَعْدُ؛
 “Segala puji hanya milik Allah dengan pujian yang banyak sebagaimana Allah perintahkan, maka berhentilah dari segala yang Allah larang dan yang Allah peringatkan. Aku bersaksi bahwa tiada Ilah yang berhak disembah selain Allah Yang Esa dan Perkasa, dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan Allah yang menjadi pemimpin bagi semua manusia, shalawat dan salam Allah atas beliau, atas keluarga, shahabat dan orang-orang yang setia mengikuti petunjuknya sampai hari kebangkitan dan hari kembali.”

فَإِنَّ أَصْدَقَ الْحَدِيْثِ كِتَابُ اللهِ وَخَيْرَ الْهَديِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَشَرَّ الأُمُوْرِ مُحَدَثَاتُهَا، وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلةٌ، وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.
“Sesungguhnya sebenar-benar pembicaraan adalah Kalam Allah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shollallâhu ‘alahi wa ‘alâ âlihi wa sallam. Dan sejelek-jelek perkara adalah yang diada-adakan, setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah, setiap bid’ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan adalah di neraka.”
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ
Artinya: Segala puji bagi Allah Sang Penguasa alam semesta. Semoga salawat serta keselamatan tercurahkan selalu kepada Nabi dan Rasul termulia. Berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya, semuanya.

الْحَمْدُ ِللهِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ اللهِ أَمَّا بَعْدَهُ
Artinya: Puji syukur kepada Allah dan doa salawaat serta doa keselamatan kepada rasulullah junjungan dan pembimbing kita, Nabi Muhammad bin Abdillah.


wallahua'lam

Tuesday, November 19, 2013

Al khattab


                         بسم الله الرحمن الرحيم   






Tentera Allah: [ Khattab ]



Mungkin ramai pernah melihat gambar diatas, tetapi mungkin ramai tidak mengenali siapakah beliau. Dari manakah beliau, menagpakah banyak gambar beliau di internet.

Profil :

Nama : Samir Saleh Abdullah Al-Suwailem

tarikh lahir : April 14, 1969

Tempat lahir : Arab Saudi

Pendidikan : tidak banyak diketahui, tetapi pada umur 15 tahun, hampir pergi menyambung pelajaran di U.S sebelum mengambil keputusan untuk perjihad.


pada umur 15 @ 18 tahun, bergerak ke Afghanistan untuk menyertai tentera islam yang diserang Russia. Beliau menerima latihan di Ahghanistan dan dikatakan pernah berjumpa osama bin laden. Selepas berjaya menumbangkan Russia dan selepas Russia keluar dari Afghanistan, Beliau pulang ke kampung halaman.

Namun tidak lama, beliau kemudian pergi semula ke Afghanistan untuk membantu pelarian Tajik dan Uzbek. Beliau tidak pernah mendengar perihal chechnya , kemudian pada tahun 1994, beliau mendapat berita tentang perang caucasus daripada CNN.


1994/1995- Beliau berangkan ke chechnya. Dan memberi latihan kepada para pemuda di chechnya. Beliau kagum dengan semangat kaum muda chechnya, dan berasa serba salah untuk meningalkan mereka kerana khuatir semangat mereka akan hilang. Beliau seterusnya mengambil keputusan untuk terus tinggal di chechnya menentang rusia.


(Russian Mil Mi-8 helicopter brought down by Chechen fighters near the capital Grozny in 1994)

Oktober 1995 - Perang pertama Khattab di chechnya, Serang hendap terhadap konvoi tentera rusia, membunuh 47 tentera rusia

april 1996 - Serang hendap terhadap konvoi besar tentera rusia, membunuh lebih dari 100 tentera rusia dan menghancurkan banyak jentera perang rusia.

nama khattab membuat putin laknatulah tidak senang duduk. Nama Khatab meniti di mulut peminpin tentera kafir.

1996-1997: mula membina tentera sendiri kerana ramai sukarelawan daripada arab, turki, dan beberapa negara lain lagi menyertai beliau untuk bersama-sama menentang rusia.

22 Disember 1997 : Bersama tentera beliau, membuat serbuan keatas kem tentera rusia ( the 136th Armoured Brigade of the 58th Army of Russian Army) di Buinaksk Dagestan. Berjaya memusnahkan 300 jentera perang, termasuk 50 brand-new T-72 tanks


(T-72 tank)

dan tahun yang sama, khattab selamat daripada periuk apa di chechnya.

pada tahun 1999, beliau dituduh memgebom sebuah apartment yang membunuh orang awam, dan dalam temubual (the Russian Interfax news agency) bersama beliau menyatakan

“We would not like to be akin to those who kill sleeping civilians with bombs and shells.”

( mungkin inilah yang terjadi sekarang, ramai orang termasuk orang islam sendiri mudah sangat percaya propaganda media-media kafir untuk memburukan nama para pejuang islam )

dan antara beberapa serangan lain oleh khattab ialah

-serangan yang dikenali sebagai "the mountain battle" yang membunuh 84 paratroopers rusia

- serangan terhadap konvoi OMON di Zhani-Vedeno dan mengorbankan 52 tentera tertinggi rusia.

Khattab beberapa kali terselamat dalam kecederaan termasuk peluru senjata berat ditembak di perutnya.


Namun pengakhiran khattab sudah ditetapkan, bukan kerana dek peluru, tetapi dek seorang pengkhianat bernama Ibragim Alauri yang direkrut oleh russia yang kononya membawa surat daripada ibunya dari Arab Saudi, sebenarnya mengandungi racun yang telah mengorbankan beliau pada 20 March 2002




Lihatlah bagaimana pengecutnya tentera kafir dan susahnya mereka hendak membunuh seorang general islam yang sentiasa di barisan hadapan medan perang seperti mengunakan helikopter pejuang untuk membunuh Syeikh Ahmad Yaseen yang hanya berkerusi roda. bagaimana mereka mengunakan media untuk memburukan nama pejuang islam, bagaimana mereka pandai memanipulasikan keadaan dan tipu helah untuk membunuh tentera islam. Dan bagaimana Allah membantu tentera islam memenangi banyak peperangan tanpa perlukan ekonomi yang kukuh, tanpa perlukan senjata yang hebat, jet pejuang dan kereta kebal yang hebat. Semuanya daripada Allah .


wallahua'lam

dari pelbagai sumber..

Tentera Allah





                         بسم الله الرحمن الرحيم   


Tentera Allah...

9.(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku akan membantu kamu denganseribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut. 10.Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Surah al-Anfaal ayat 9-10


 Perang Badar tercetus pada 17 Ramadhan 2H bersamaan 17 March 624M. Perang ini terjadi di satu kawasan yang berada di antara Mekah dan Madinah. Nama Perang Badar dinisbatkan kepada sumur yang dikenali Sumur Badar. Adapun, Sumur Badar dinisbatkan kepada seorang penggali sumur tersebut, Badar bin an-Narin.
Badar terletak 60 km ke arah kota Mekah daripada Madinah.

Kerisauan Rasulullah saw
Perang pertama dalam sejarah Islam ini meletus di mana Rasulullah saw baru sahaja berada di Madinah selama dua tahun. Iman para sahabat Ansar juga masih lagi mentah. Pada saat peperangan ini meletus, Rasullulah saw cukup risau dengan keadaan ini.
Maka terjadi satu peristiwa di mana seorang sahabat Rasulullah saw, Miqdad bin Amr ra bangkit melontar kata-kata wibawa terhadap junjungan besar kita, Muhammad saw. Miqdad bin Amr ra berkata,
“Wahai Rasulullah saw, laksanakanlah apa yang telah Allah perintahkan kepadamu, Demi Allah kami sentiasa bersamamu. Kami tidak akan berkata sebagaimana perkataan bani Israil kepada Nabi Musa as, ‘Pergilah kamu bersama Rabb-mu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini saja.” (Miqdad bin Amr ra membacakan sebahagian ayat dalam surah al-Maa’idah ayat 24).
“Akan tetapi kami berkata, “Pergilah engkau bersama Rabb-mu dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami menyertai kalian berdua. Demi Zat yang telah mengutuskanmu dengan kebenaran, seandainya engkau membawa kami menyertaimu ke Birkil Ghimaad(kota Habsyah), nescaya kami akan sentiasa bersamamu dari berangkat sampai engkau tiba di sana”
Diriwayatkan bahawa, muka Rasulullah saw lantas bertukar ceria dan bergitu bermotivasi. Ia bertambah menyakinkan Rasulullah saw apabila pemuka daripada bani Aus di kalangan golongan Ansar, Saad bin Muadz bangkit memberi jaminan taat setia kepada Rasulullah saw.
sebelum peperangan bermula, sepupu Rasulullah, Ali bin Abi Talib dan Ubaidah bin al-Harits serta bapa saudara baginda Hamzah bin Abdul Mutalib tampil ke hadapan menyahut cabaran para Musyrikin Mekah.

Jumlah yang sedikit
Keadaan perang semakin meruncing. Musuh yang ingin ditentang terdiri daripada dua golongan. Pertama, kabilah yang membawa hasil dagangan haram(iaitu harta milik orang Islam sebelum berhijrah ke Madinah) di bawah pimpinan Abu Sufyan dan kedua, angkatan perang daripada Mekah berkekuatan 1000 orang pimpinan Amr bin Islam atau lebih dikenali Abu Jahal.
Jumlah tentera Islam pula kurang tiga kali ganda berbanding jumlah tentera Musyrikin. Ada riwayat menyatakan 300 orang dan ada riwayat menyatakan dengan lebih tepat iaitu 313 orang.
Memandangkan jumlah yang bergitu ketara, ia mengundang kegelisahan dan kegusaran di dalam lubuk hati Rasulullah saw. Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas ra, ia berkata bahawa Rasulullah saw berdoa ketika Perang Badar,
“Ya Allah, Aku memohon kepada-Mu, penuhilah janji-Mu. Ya Allah, jika Kau menghendaki, maka Kau tidak disembah lagi”

Mendengar rintihan Rasulullah saw, Abu Bakar ra mengambil tangan Rasulullah saw yang mulia sambil berseru, “Cukup wahai Rasulullah saw”. Kemudian Abu Bakar ra bangkit menuju ke arah tentera Musyrikin dan membacakan ayat daripada Surah Al-Qamar ayat 45, “Golongan itu pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang”.

Jumlah yang sedikit tidak pernah melunturkan semangat Jihad tentera Muslimin pimpinan Rasulullah saw.

Pertolongan Tentera Allah
Janji Allah swt sentiasa benar. Melalui ayat 9 sehingga 10 surah Al-Anfaal, Allah swt telah menjanjikan bantuan para Malaikat untuk kaum muslimin semasa Perang Badar. Ia ternyata benar apabila beberapa hadis menyatakan terdapat para sahabat membicarakan perihal ini dengan terperinci. Antara para sahabat yang pernah membicarakannya adalah Ibnu Abbas ra, Umar al-Khattab ra, Ali bin Abi Talib ra dan Rifa’ah bin Rafi’ az Zuraqi ra.

Bagaimana Malaikat menolong tentera Perang Badar?
Para tentera Allah iaitu para Malaikat menolong para tentera muslimin dengan bantuan 1000 malaikat yang berturut-turut. Jumlahnya telah mampu mengerunkan tentera musyrikin yang pada awalnya beranggapan mereka mampu menewaskan tentera muslimin dengan mudah.
Daripada 1000 Malaikat tersebut, mereka berpecah kepada dua menjadikan masing-masing adalah 500 malaikat. Setiap pecahan tersebut diketuai oleh malaikat Jibrail as dan malaikat Mikail as. Malaikat Jibrail as mengetuai bahagian kanan manakala malaikat Mikail as mengetuai bahagian kiri. Ia bersesuaian dengan riwayat daripada Ibnu Abbas ra.
Ali bin Abi Thalhah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra bahawa beliau berkata,
“Allah swt menolong Nabi dan orang-orang yang beriman dengan seribu Malaikat, dan Jibrail as termasuk di dalam golongan kelompok lima ratus pertama yang menyerbu musuh daripada sebelah kanan mereka, manakala Mikail as termasuk di dalam lima ratus kedua yang menyerang dari arah kiri mereka.”

Jibrail as juga diriwayatkan menunggang kudanya iaitu Haizum semasa Perang Badar. Malaikat Jibrail as langsung tidak memberi muka kepada tentera kafir musyrikin sehinggakan terdapat tentera musyrikin diriwayatkan terbelah wajah mereka akibat pukulan cambuk.
Imam Abu Jaafar ath-Tabari dan Imam Muslim telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas dari Umar al-Khattab. Dalam riwayat tersebut disebutkan,

“Tatkala seorang bersungguh-sungguh melawan orang musyrik yang ada di hadapannya, tiba-tiba dia mendengar suara lecutan cambuk di atasnya dan suara penunggang kuda yang berkata, “Majulah Haizum(nama kuda Jibrail as). Tiba-tiba ia melihat si musyrik telah mati terkapar di hadapannya. Kemudian ia melihatnya dari dekat, ternyata hidungnya telah terpukul dan wajahnya terbelah seperti pukulan cambuk. Mukanya menjadi lebam(akibat pukulan cambuk). Lalu orang Ansar tadi mendatangi Rasulullah saw dan menceritakan kepada  beliau. Rasulullah saw bersabda. “Engkau benar, itu adalah bantuan daripada langit ketiga.” Pada kejadian tersebut, yang terbunu dari orang-orang musyrik sebanyak tujuh puluh orang dan yang ditawan sebanyak tujuh puluh orang”

Tanda pengenalan Tentera Allah
Dalam satu ayat yang lain dalam surah Ali Imran ayat 123 sehingga 124, Allah berfirman,
123. (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): “Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?,” 124. Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.

Turunnya para Malaikat untuk bergabung dengan tentera muslimin telah memakai beberapa tanda pengenalan. Bala tentera bantuan Allah swt ini adalah kekuatan sebenar tentera mukmin semasa Perang Badar. Para Malaikat menunjukkan semangat juang yang bergitu tinggi.
Ia diperakui sendiri oleh Malaikat Jibrail as sewaktu datang menanyakan Rasulullah perihal pendapat peribadi Rasulullah berkenaan umatnya yang berperang di Badar. Rasulullah saw lantas menjawab, “Mereka adalah dikalangan yang terbaik”. Jibrail terus menjawab bagi pihaknya, “Bergitu juga yang ikut berperang bagi pihak Malaikat”.
Dalam kekacauan perang tersebut, ramai juga sahabat menyedari kehadiran tentera misteri yang mana mereka langsung tidak mengenalinya sebelum ini. Akibat sibuk membasmi musuh yang menerkam, mereka terpaksa mendiam diri sehingga perang tamat.
Sebaik perang tamat dan mereka telah pun berada di Madinah, timbul beberapa cerita misteri sehingga diriwayatkan dalam beberapa hadis Shahih.

Bulu Putih
Antaranya adalah sahabat besar Rasulullah saw dan sepupu baginda, Ali bin Abi Talib ra. Abu Ishaq as-Suddi meriwayatkan dari Haritsah bin Mudhrib, Ali bin Abi Talib ra berkata,“Tanda mereka pada perang Badar adalah bulu putih. Juga ada tanda pada ubun-ubun kuda mereka.”

Tanda Imamah
Mak-hul mengatakan, “Bertanda imamah(berserban yang dililitkan di kepala). Tanda para Malaikat pada Perang Badar adalah serban berwarna hitam manakala pada Perang Hunain adalah serban berwarna merah”

Serban Kuning
Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Yahya bin Abbad bahawa Zubair ra pada Perag Badar mengenakan serban kuning dengan melipatnya, lalu turunlah para Malaikat, juga menggunakan serban kuning.

Kemenangan mutlak orang beriman
Bergitulah yang berlaku di Perang Badar, perang pertama bagi umat Islam. Walaubagaimanapun, penulis yakin ramai yang tidak tahu bahawa perang ini terjadi hanya kerana Kaum Musyrikin datang untuk menyelamatkan kafilah dagang Abu Sufyan selain daripada usaha untuk menghapuskan syiar Islam daripada muka bumi.
Pada mulanya, Rasulullah saw dan para sahabat lain hanya ingin mencegah kafilah dagang Abu Sufyan yang dipercayai telah dibiayai dengan menggunakan harta kaum Muslimin di Mekah sewaktu sepeninggalan mereka setelah berhijrah ke Madinah. Dek kerana ketidakpuasan hati dengan ketamakan Abu Sufyan, Rasulullah saw bergegas menyekat kabilah tersebut. Namun, seorang utusan Abu Sufyan bernama Dhamdham bin Amr al-Ghifari telah dihantar ke Mekah untuk memohon bantuan.
Lantaran itu, Abu Jahal bangkit bersama rakan-rakannya yang lain untuk menolong Abu Sufyan disamping untuk menghapuskan Islam dan menyelamatkan ‘harta’ mereka yang dibawa oleh Abu Sufyan.
Gerombolan yang dibawa Abu Jahal mencecah 1000 orang yang lengkap bersenjata, berbaju besi,topi baja, pasukan berkuda dengan pelbagai perhiasan sedangkan tentera mukmin hanya berjumlah 313 orang dilengkapi dengan dua ekor kuda dan tujuh puluh ekor unta. Baki yang lain hanya berjalan kaki. Kebanyakan mereka tidak dilengkapi dengan baju besi dan topi.
Dengan saiz kekuatan musuh yang bergitu, amat wajar Rasulullah saw berasa risau kemungkinan kekalahan tentera Islam semasa Perang Badar. Disebabkan itu, Rasulullah saw kelihatan sugul dan bimbang. Namun, Allah swt sudah merancanakan semuanya. Dengan kekuasaan-Nya, diturunkan para gerombolan Malaikat memberi bantuan kudrat kepada Rasulullah saw dan tentera muslimin

wallahua'lam..
sumber dari takusahrisau.

Rasulullah utusan terakhir

       بسم الله الرحمن الرحيم


RASULULLAH UTUSAN TERAKHIR

Berdasarkan nas-nas yang disebut didalam al-quran dan hadis baginda
1.QS AL AHZAB 40: ” Bukanlah Muhammad itu bapak salah seorang laki-laki di antara kamu tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup Nabi-nabi”
2. Imam Muslim dan yang lainnya meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Perumpamaan saya dan para Nabi sebelum saya seperti orang yang membangun satu bangunan lalu dia membaguskan dan membuat indah bangunan itu kecuali tempat batu yang ada di salah satu sudut. Kemudian orang-orang mengelilinginya dan mereka ta’juk lalu berkata: ‘kenapa kamu tidak taruh batu ini.?’ Nabi menjawab : Sayalah batu itu dan saya penutup Nabi-nabi”
3. Imam Muslim juga meriwayatkan dari Jubair bin Mut’im RA bahwa Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya saya mempunyai nama-nama, saya Muhammad, saya Ahmad, saya Al-Mahi, yang mana Allah menghapuskan kekafiran karena saya, saya Al-Hasyir yang mana manusia berkumpul di kaki saya, saya Al-Aqib yang tidak ada Nabi setelahnya”
4. Abu Daud dan yang lain dalam hadist Thauban Al-Thawil, bersabda Nabi Muhammad SAW:
“Akan ada pada umatku 30 pendusta semuanya mengaku nabi, dan saya penutup para Nabi dan tidak ada nabi setelahku”
5. Khutbah terakhir Rasulullah …
” …Wahai manusia, tidak ada nabi atau rasul yang akan datang sesudahku dan tidak ada agama baru yang akan lahir.Karena itu, wahai manusia, berpikirlah dengan baik dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu. Aku tinggalkan dua hal: Al Quran dan Sunnah, contoh-contoh dariku; dan jika kamu ikuti keduanya kamu tidak akan pernah tersesat …”
6. Rasulullah SAW menjelaskan: “Suku Israel dipimpim oleh Nabi-nabi. Jika seorang Nabi meninggal dunia, seorang nabi lain meneruskannya. Tetapi tidak ada nabi yang akan datang sesudahku; hanya para kalifah yang akan menjadi penerusku (Bukhari, Kitab-ul-Manaqib).
7. Rasulullah SAW menegaskan: “Posisiku dalam hubungan dengan nabi-nabi yang datang sebelumku dapat dijelaskan dengan contoh berikut: Seorang laki-laki mendirikan sebuah bangunan dan menghiasinya dengan keindahan yang agung, tetapi dia menyisakan sebuah lubang di sudut untuk tempat sebuah batu yang belum dipasang. Orang-orang melihat sekeliling bangunan tersebut dan mengagumi keindahannya, tetapi bertanya-tanya, kenapa ada sebuah batu yang hilang dari lubang tersebut? Aku seperti batu yang hilang itu dan aku adalah yang terakhir dalam jajaran Nabi-nabi”. (Bukhari, Kitab-ul-Manaqib).
8. Rasulullah SAW menyatakan: “Allah telah memberkati aku dengan enam macam kebaikan yang tidak dinikmati Nabi-nabi terdahulu: – Aku dikaruniai keahlian berbicara yang efektif dan sempurna. – Aku diberi kemenangan karena musuh gentar menghadapiku – Harta rampasan perang dihalalkan bagiku. -Seluruh bumi telah dijadikan tempatku beribadah dan juga telah menjadi alat pensuci bagiku. Dengan kata lain, dalam agamaku, melakukan shalat tidak harus di suatu tempat ibadah tertentu. Shalat dapat dilakukan di manapun di atas bumi. Dan jika air tidak tersedia, ummatku diizinkan untuk berwudhu dengan tanah (Tayammum) dan membersihkan dirinya dengan tanah jika air untuk mandi langka. – Aku diutus Allah untuk menyampaikan pesan suciNYA bagi seluruh dunia. – Dan jajaran Kenabian telah mencapai akhirnya padaku (Riwayat Muslim, Tirmidhi, Ibnu Majah)
9. Rasulullah SAW menegaskan: “Rantai Kerasulan dan Kenabian telah sampai pada akhirnya. Tidak akan ada lagi rasul dan nabi sesudahku”. (Tirmidhi, Kitab-ur-Rouya, Bab Zahab-un-Nubuwwa; Musnad Ahmad; Marwiyat-Anas bin Malik).
10. Rasulullah SAW menjelaskan: ‘Saya Muhammad, Saya Ahmad, Saya Pembersih dan kekafiran harus dihapuskan melalui aku; Saya Pengumpul, Manusia harus berkumpul pada hari kiamat yang datang sesudahku. (Dengan kata lain, Kiamat adalah satu-satunya yang akan datang sesudahku); dan saya adalah Yang Terakhir dalam arti tidak ada nabi yang datang sesudahku”. (Bukhari dan Muslim, Kitab-ul-Fada’il, Bab Asmaun-Nabi; Tirmidhi, Kitab-ul-Adab, Bab Asma-un-Nabi; Muatta’, Kitab-u-Asma-in-Nabi; Al-Mustadrak Hakim, Kitab-ut-Tarikh, Bab Asma-un-Nabi).
11. Rasulullah SAW menjelaskan: “Allah yang Maha Kuasa tidak mengirim seorang Nabi pun ke dunia ini yang tidak memperingatkan ummatnya tentang kemunculan Dajjal (Anti-Kristus, tetapi Dajjal tidak muncul dalam masa mereka). Aku yang terakhir dalam jajaran Nabi-Nabi dan kalian ummat terakhir yang beriman. Tidak diragukan, suatu saat, Dajjal akan datang dari antara kamu”. (Ibnu Majah, Kitabul Fitan, Bab Dajjal).
12. Abdur Rahman bin Jubair melaporkan: “Saya mendengar Abdullah bin ‘Amr ibn-’As menceritakan bahwa suatu hari Rasulullah SAW keluar dari rumahnya dan bergabung dengan mereka. Tindak-tanduknya memberi kesan seolah-olah beliau akan meninggalkan kita. Beliau berkata: “Aku Muhammad, Nabi Allah yang buta huruf”, dan mengulangi pernyataan itu tiga kali. Lalu beliau menegaskan: “Tidak ada lagi Nabi sesudahku”. (Musnad Ahmad, Marwiyat ‘Abdullah bin ‘Amr ibn-’As).
13. Rasulullah SAW berkata: ” Allah tidak akan mengutus Nabi sesudahku, tetapi hanya Mubashirat”. Dikatakan, apa yang dimaksud dengan al-Mubashirat. Beliau berkata: Visi yang baik atau visi yang suci”. (Musnad Ahmad, marwiyat Abu Tufail, Nasa’i, Abu Dawud). (Dengan kata lain tidak ada kemungkinan turunnya wahyu Allah di masa yang akan datang. Paling tinggi, jika seseorang mendapat inspirasi dari Allah, dia akan menerimanya dalam bentuk mimpi yang suci).
14. Rasulullah SAW berkata: “Jika benar seorang Nabi akan datang sesudahku, orang itu tentunya Umar bin Khattab”. (Tirmidhi, Kitab-ul-Manaqib).
15. Rasulullah SAW berkata kepada ‘Ali, “Hubunganmu denganku ialah seperti hubungan Harun dengan Musa. Tetapi tidak ada Nabi yang akan datang sesudahku”. (Bukhari dan Muslim, Kitab Fada’il as-Sahaba).
16. Rasulullah SAW menjelaskan: “Di antara suku Israel sebelum kamu, benar-benar ada orang-orang yang berkomunikasi dengan Tuhan, meskipun mereka bukanlah NabiNYA. Jika ada satu orang di antara ummatku yang akan berkomunikasi dengan Allah, orangnya tidak lain daripada Umar. (Bukhari, Kitab-ul-Manaqib)
17. Rasulullah SAW berkata: “Tidak ada Nabi yang akan datang sesudahku dan karena itu, tidak akan ada ummat lain pengikut nabi baru apapun”. (Baihaqi, Kitab-ul-Rouya; Tabrani)

wallahua'lam
sumber dari ummahonline.

Jasad para sahabat masih utuh dan berdarah


        بسم الله الرحمن الرحيم   





BANJIR DI MADINAH 2013 - JASAD PARA SAHABAT RASULULLAH TIMBUL MASIH UTUH DAN BERDARAH


Waktu terjadi banjir di Madinah, kubur 70 orang keluarga Perang Uhud itu dilanda banjir. jasad para sahabat timbul keluar dalam keadaan masih utuh kerana mereka dikuburkan di kawasan padang pasir.


Selepas banjir surut, darahnya masih mengalir harum dan dikuburkan semula tetapi sudah tidak ditandai nama-nama jenazah tersebut dan yang ditandakan kerana dikenali cuma 2 sahaja iaitu Saidina Hamzah RA kerana diketahui dengan luka didadanya, badannya tinggi besar. Jasadnya masih berdarah dan harum. Bahkan tangannya masih menekup lukanya akibat terkena tombak, yang masih keluar darah. Walaupun sudah lebih seribu tahun.

Dan yang satu lagi adalah Abdullah bin Jaz RA kerana diketahui telinga dan hidungnya terpotong akibat diikat benang. Kedua orang inilah yang sekarang nisannya ada di Uhud. Jadi kalau sekarang kita berziarah ke Gunung Uhud, hanya ada 2 nisan saja.

Sebuah “Kesaksian” Dr Thariq As-Suwaidan dalam kasetnya yang amat berharga “Qisshatun Nihayah” yang dinukil secara langsung dari Syaikh Mahmud Ash-Shawaf menyebutkan peristiwa besar yang dialami oleh sebahagian ulama dalam penguburan semula sebahagian sahabat yang gugur syahid di perang Uhud.

Bagaimana mereka menyaksikan para sahabat setelah 1400 tahun berlalu, bagaimana jasad mereka seperti sedia kala tanpa perubahan, tanpa pembusukan. Sebagai bukti nyata atas kebenaran berita gembira dari Nabi Muhammad SAW kepada para syuhada, bahawa bumi tidak memakan jasad mereka.

Berikut adalah sebahagian dari kaset pembicaraan Dr Thariq As-Suwaidan tentang peristiwa tersebut. “Syaikh Mahmud Ash-Shawaf telah menyampaikan kepada kami bahwa dia adalah salah seorang yang diundang daripada kalangan ulama besar untuk pemakaman semula para sahabat yang gugur syahid di perang Uhud di kompleks kuburan syuhada Uhud iaitu sebuah kawasan perkuburan yang terkenal.

Kerana dilanda banjir, maka sebahagian jasadnya timbul ke permukaan. Para ulama diundang untuk menguburkan semula para sahabat tersebut. Beliau berkata ”Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah RA, badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah, dia meletakkan tangannya di atas perutnya.

Ketika kami menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir. Aku menguburkannya bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid di Uhud.” Dr Thariq As-suwaidan berkata, ”Ini adalah perkara yang terbukti secara mutawatir dan dengan mata kepala. Semoga Allah SWT menyampaikan kita semua ke darjat para syuhada.
Syaikh Mahmud telah menyampaikan kepada kami tentang aroma harum misk yang berasal darinya ketika darah mengalir dari jasad Hamzah RA.” SubhanAllah, setelah 1400 tahun lebih, betapa agungnya Engkau ya Allah. Alangkah besarnya kekuasaan-Mu, Maha suci Engkau.

Betapa utamanya, betapa mulianya, Allah memberikannya kepada para syuhada. Jika seperti itu kemuliaan jasadnya yang terpendam di perut bumi yang tak seorangpun melihatnya, lalu bagaimanakah dengan kemuliannya di syurga yang luasnya seluas langit dan bumi.
Selamat bagi yang telah melihat sahabat mulia ini, Hamzah bin Abdul Mutthalib RA pakcik Rasulullah SAW. Jasad Syuhada Yang Tidak Mengalami Pembusukkan, Jabir bin Abdillah bercerita, ”Menjelang perang Uhud, ayahku memanggilku pada malam hari. Ia berkata: ’Aku merasa akan menjadi orang yang paling pertama gugur di antara para sahabat Nabi SAW.
Sungguh aku tidak meninggalkan sesuatupun yang lebih kusayangi selain engkau, disamping Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya aku memiliki hutang, maka lunasilah. Dan bersikap baiklah kepada saudara-saudara perempuanmu.’ Keesokan harinya, ia pun menjadi orang yang pertama gugur.
Ia dimakamkan bersama orang yang lain dalam satu lubang kubur. Tetapi hatiku merasa kurang selesa membiarkan ayahku berkongsi lubang kubur bersama orang lain. Enam bulan kemudian, aku membongkar makamnya dan mengeluarkannya. Ajaib, jasadnya masih tetap utuh sama seperti pertama kali aku menguburkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Fathul Bari, 3/214 )

Petikan hadis di atas membuktikan di mana ayah Jabir RA terbunuh dalam perang Uhud dan ketika enam bulan kemudian makamnya dibongkar, maka jasadnya tetap utuh.

Enam bulan adalah waktu yang lama di mana tubuh mayat seharusnya sudah hancur. Penelitian membuktikan bahwa 24-36 jam pertama mayat dikuburkan, maka bola mata mulai menonjol dan kornea menghitam. Cabang-cabang urat nadi mulai terlihat di perut dan dada. 2-5 hari berikutnya, wajah dan seluruh tubuh menggelembung, dari tubuh mayat keluar bau busuk. Setelah melewati 5-10 hari, kulit mulai rapuh dan tubuh dilitupi larva.
Organ-organ tubuh meleleh ke tanah dan mulai mereput dan menyisakan tulang sahaja. (dinukil dari buku Ushuluth Thibbisy Syar’i, Dr. Muhammad Ahmad Sulaiman) CATATAN – Dalam buku sejarah bencana banjir pertama kali terjadi pada tahun 46 Hijrah atau 667 Masehi atau 43 tahun setelah Perang Uhud yang ceritanya mirip, iaitu jasad jasad mereka mengapung.


Disini disertakan video tempat shuhada Uhud





Wallahua'lam

Rujukan dari The-Revolution-of-Al-Ghuraba-Generation


Halawatul iman

    

       بسم الله الرحمن الرحيم   

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan . Pertama sekali dan selama-lamanya marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kita kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi nikmat kepada kita tak kiralah nikmat apa pun nikmat penglihatan ka nikmat makan bahkan nikmat oxsigen yang kita dok sedut ni sekalipun tetapi harus diingat bahawa nikmat yang terpenting sekali ialah nikmat islam itu sendiri . Sebab apa nikmat kita perlu sangat bersyukur atas nikmat islam ini kerana kata nabi umat islam adalah umat yang mlia dan umat yang terpilih .Ini merupakan tulisan blog saya yang pertama jadi kalau ada salah tolonglah tegur.
Tulisan pertama saya ini ingin saya kaitkan mengenai sebuah hadith rasulullah s.a.w iaitu hadith halawatul iman(kemanisan iman)
Bab kemanisan Iman
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ
 أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا
 وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ
 وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Dari Anas r.a. Nabi s.a.w. sabdanya :
“Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman.
 (pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain kedua-duanya.
 (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, kerana Allah.
(ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran
 sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka”
Hadis sahih riwayat Bukhari
                                   صدق رسوالله                . Benarlah kata Rasulullah s.a.w yang mulia
Iman dari segi bahasa bermaksud percaya..Pada istilahnya yang membawa maksud membenarkan di hati, mengakui dengan lidah, dan beramal dengan lidah.

Manisnya iman bukan seperti gula-gula atau manisan. Manis iman bukan seperti ais kacang atau air tebu. Kerana manis iman bukan dirasai oleh anggota zahir tetapi roh. Kerana manis makanan dan minuman kita suka, gembira dan ketawa. Tetapi manis iman......Sesiapa yang merasakan kemanisan iman ini masayallah hanya allah sajalah yang mengetahui
Kepentingan iman dalam kehidupan seorang Muslim ialah membentuk insan muslim sejati, supaya istiqamah dalam ibadat, melahirkan generasi berakhlak mulia...

Bagaimanakah iman kita??adakah semanis gula-gula??adakah sempurna??fikir2kan lah..
Selamat beramal....mOga kita istiqomah dalam setiap amalan kita..insyaALLAH...(^_^)



wallahua'lam