Tuesday, July 5, 2016

Doa ketika ditimpa kesusahan, kegelisahan dan sebagainya

Amalkan Sunnah:
Jika anda dalam masalah dan kesedihan,amalkanlah doa ini dan bacalah dengan penuh mengharap kepada Allah.

Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “doanya orang yang terkena kesulitan adalah:

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

“Wahai Allah, Rahmat-Mu aku harapkan, maka janganlah sandarkan aku kepada diriku walau sekejap mata, perbaikilah keadaanku seluruhnya, tiada sembahan yang berhak disembah kecuali Engkau”

(HR. Abu Daud dan dihasankan oleh Al Albani di dalam kitab Shahih Abu Daud, no. 3294).

Doa yang lain, dari Anas bin Malik ia berkata, dahulu Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam jika dilanda keresahan beliau membaca,

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ

“Wahai yang Maha hidup, Maha berdiri sendiri, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan”

(HR. Tirmidzi dan dihasankan oleh Al Albani di dalam kitab Shahih Al Jami’, no. 4777).

Friday, January 29, 2016

Sayid Qutb dan Anwar ibrahim

Komitmen Asy-Syahid Sayyid Qutb terhadap usaha menegakkan syariat Islam di Mesir amat tinggi. Ia telah dibayar dengan nyawanya. Pada hari mahkamah menjatuhkan hukuman gantung ke atasnya, Sayyid Qutb berkata: “Alhamdulillah, aku telah bekerja keras selama 15 tahun untuk mendapatkan mati syahid seperti ini”.Sayyid Qutb memulakan penglibatannya dalam gerakan Ikhwan Muslimin pada hari Hasan Al-Banna gugur sebagai syahid pada 1949. Berita kematian Al-Banna diketahuinya ketika beliau berada di San Francisco di atas tugas rasmi kerajaan Mesir. Ketika itu beliau hairan menyaksikan suasana gembira yang menyelubungi Amerika dengan kematian Al-Banna. Media melaporkan masyarakat Amerika dan Barat telah terselamat daripada ancaman seorang pemimpin Islam dari timur. Di Amerika, Sayyid Qutb melihat sendiri bagaimana golongan Zionis dan musuh-musuh Islam begitu membenci Islam dan gerakan Islam.Hatinya terpanggil untuk menyokong dan menyertai gerakan Ikhwan. Sekembalinya dari Amerika Syarikat pada tahun 1950, beliau terus menjadi anggota Ikhwan. Ketika itu Sayyid Qutb sudah pun menjadi satu nama besar di Mesir. Bukunya yang terkenal dengan judul Al-’Adalah Al-Ijtima’iyyah fil Islamatau Keadilan Masyarakat dalam Islam yang terbit pada tahun 1948 telah pun disebut oleh Al-Banna sebagai: “Buku sehebat ini sudah pasti penulisnya adalah seorang di kalangan kita”. Memang masin mulut Al-Banna!Sebaik saja menyertai gerakan Ikhwan, Sayyid Qutb dilantik mengetuai Lajnah Da’wah. Kemudian beliau dipilih menganggotai jawatankuasa kerja dan seterusnya Maktab Al-Irsyad, iaitu institusi kepimpinan tertinggi dalam gerakan Ikhwan. Sejak menyertai gerakan Ikhwan komitmen Sayyid Qutb terhadap usaha tahkim asy-syari’ah atau proses mendaulatkan syariat tidak berbelah bagi.Kelantangannya menyentak pemerintah telah mengakibatkannya dipenjarakan sebanyak tiga kali di atas dakwaan yang direka-reka. Pada tahun 1954, kali pertama ditahan beliau merengkok selama tiga bulan dalam penjara. Beberapa bulan selepas itu sekali lagi beliau ditangkap di atas tuduhan cuba membunuh Presiden Jamal Abdul Nasir. Beliau dihukum selama 15 tahun. Selepas merengkok selama 10 tahun beliau dibebaskan di atas campur tangan Presiden Iraq, Abdussalam Arif. Namun beliau ditangkap semula di atas arahan dari Moscow bagi kali ketiga beberapa bulan selepas dibebaskan. Setelah sepuluh bulan dipenjarakan bagi kali ketiga, mahkamah menjatuhkan hukuman menghantar beliau ke tali gantung.Senjata ampuh Sayyid Qutb adalah penanya. Melalui penulisan-penulisannya terutama, Fi Zilal Al-Quran, Sayyid Qutb menganjakkan paradigma danworldview pendukung-pendukung gerakan Islam. Golongan muda khasnya menjadi peminat dan pendukung setia kepada mesej dan fikrah perjuangan Islam yang dicetuskannya.Sayyid Qutb menghuraikan Islam sebagai satu ajaran dan perjuangan yang hidup dan dinamik. Islam adalah satu perjuangan yang bergerak dan menggerakkan. Perjuangan Islam adalah haraki. Gerakan Islam adalah haraki. Dengan itu perjuangan mendaulatkan syariat hendaklah bersifat haraki dan dilaksanakan melalui sebuah gerakan yang haraki.Bukunya Ma’alim fit Tariq dengan terjemahan terkenal dalam Bahasa Inggeris,Milestones memberikan satu kerangka fikir ke arah asas-asas dan rangka kerja yang diperlukan bagi mewujudkan masyarakat yang memenuhi syarat-syarat untuk mendaulatkan syariat. Sayyid Qutb membahagikan masyarakat kepada dua, masyarakat Islam dan masyarakat jahiliyah.Sebenarnya pemikiran dan pengolahan Sayyid Qutb terhadap dikotomi masyarakat Islam dan masyarakat jahiliyah adalah suatu yang kontekstual. Konteks umumnya bersifat global, namun kerangka fikir dan modus operandinya adalah masyarakat Mesir.Sayyid Qutb bermula di mana Al-Banna berakhir. Bahkan beliau menerobos era baru kebobrokan masyarakat yang cuba dirubah sepenuhnya oleh Al-Banna.Al-Banna beraksi dalam waqi’ sosio-politik sistem feudal-monarki dengan demokrasi berparlimen di bawah telunjuk Raja Farouk. Raja dan Kabinet Mesir tunduk kepada dasar luar Britain melalui Kedutaan Besarnya di Kaherah. Wujud sedikit peluang untuk menggerakkan suara rakyat melalui demokrasi dan pilihanraya. Al-Banna mengambil peluang melebarkan usaha menegakkan syariat melalui proses demokrasi. Dua kali Al-Banna sendiri merancang untuk menyertai pilihanraya Mesir sebagai calon parlimen bagi kawasan Ismailia.Kehandalan Al-Banna dan gerakan Ikhwan di bawah terajunya menjadikan Raja dan pemerintah bertindak lebih opresif terhadap gerakan Islam. Ruang untuk gerakan Ikhwan terlibat dalam proses demokrasi ditutup sama sekali. Segala langkah dan perundangan yang menekan dan menindas diwujudkan bagi menghalang gerakan Islam terlibat dalam proses untuk mendapatkan sokongan suara rakyat.Faktor kemunculan negara haram Israel pada tahun 1948 dan segala kudrat Britain untuk mempertahankannya adalah faktor utama yang memberi tekanan kepada gerakan Ikhwan di Mesir. Kejayaan pasukan-pasukan mujahidin pimpinan Al-Banna sendiri memerangi kependudukan haram Yahudi di Palestin selepas tamatnya Perang Dunia Kedua begitu menggerunkan Britain dan kuasa-kuasa Barat. Di medan perang, Al-Banna dan tentera jihadnya sudah dinobatkan sebagai musuh nombor wahid kuasa-kuasa Barat. Apakah kekuatan seperti ini mahu dibiarkan terlibat dalam proses demokrasi melalui pilihanraya terbuka?Keadaan opresif ini mewujudkan keresahan di kalangan unsur-unsur yang mahukan perubahan dalam angkatan tentera Mesir. Mereka adalah golongan yang telah teranjak paradigma mereka dan telah dipengaruhi oleh penulisan-penulisan Sayyid Qutb.Mereka datang menemui Sayyid Qutb dan meminta sokongannya untuk membuat perubahan. Jamal Abdul Nasir sendiri bersama-sama beberapa orang pegawai tinggi tentera datang ke rumah Sayyid Qutb di Hulwan untuk membincangkan sesuatu. Revolusi 1952!Sayyid Qutb dan gerakan Ikhwan bersetuju untuk menyokong dan menyertai Revolusi 1952 demi menumbangkan tirani Raja Farouk dan menegakkan keadilan menurut prinsip-prinsip Islam. Pada malam tercetusnya Revolusi 1952, sepasukan tentera beserta beberapa kereta kebal datang ke rumah Sayyid Qutb di Hulwan. Sayyid Qutb telah dibawa ke markaz tentera untuk membincangkan aspek-aspek praktikal dan langkah-langkah terakhir bagi menjayakan Revolusi 1952.Setelah Revolusi 1952 terhasil, Sayyid Qutb diangkat oleh golongan revolusiner sebagai mursyid dan mentor Revolusi. Pada awal-awal Revolusi, beliau diarak ke seluruh Mesir untuk bercakap tentang pelbagai isu nasional dan pelbagai aspek Islam bagi mengisi Revolusi.Mengapa Sayyid Qutb dan gerakan Ikhwan terlibat dalam kudeta? Apakah kudeta dibenarkan oleh syara’? Benarkah syariat Islam dapat didaulatkan melalui rampasan kuasa? Bolehkah Islam ditegakkan dalam satu framework kuasa yang diteraju dan dikuasai oleh kuasa tentera?Pasti semua soalan ini telah dijawab oleh Sayyid Qutb dan tokoh-tokoh ulama’ gerakan Ikhwan sebelum mereka membuat keputusan untuk menyertai Revolusi 1952.Setelah berkuasa, Jamal Abdul Nasir merubah pendiriannya. Beliau melantik golongan sosialis dan nasionalis dalam kabinetnya. Beliau bertukar kiblat ke Moscow. Janji-janji untuk melaksanakan syariat Islam dan keadilan berpandukan prinsip-prinsip Islam diketepikan oleh Nasir. Sayyid Qutb bersikap telus dan terbuka. Beliau mengecam langkah Nasir.Nasir menawarkan Sayyid Qutb menyertai kabinetnya sebagai Menteri Pendidikan Mesir. Atas dasar prinsip, Sayyid Qutb menolaknya. Sayyid Qutb mempertahankan pendiriannya terhadap dikonomi masyarakat Islam dan masyarakat jahiliyah. Tidak mungkin beliau bersekongkol dengan satu kabinet yang akan hanya memajukan masyarakat jahiliyah. Bagi Sayyid Qutb tirani Raja Farouk telah berjaya dihapuskan, kini muncul pula tirani rejim Nasir.Persengketaan Sayyid Qutb dan gerakan Ikhwan dengan rejim Nasir berterusan. Ia berkesudahan dengan syahidnya Sayyid Qutb, Muhammad Yusuf Hawwash dan Abdul Fatah Ismail di samping puluhan ribu anggota Ikhwan Muslimin dihumban merengkok dalam penjara.Mengapa Sayyid Qutb menolak jawatan strategik sebagai Menteri Pendidikan Mesir? Bukankah jawatan ini membolehkannya membuat perubahan dari dalam? Masuk dulu, ubah dari dalam kemudian.Sikap Sayyid Qutb ini melahirkan pendirian dan perasan taboo gerakan Islam untuk menyertai dan bekerjasama dengan pemerintah untuk satu jangka masa yang agak lama. Pendekatan ini pernah diungkapkan dalam konteks Malaysia sebagai “Kalau nak bersihkan tong taik, bersihkanlah dari luar. Kalau bersihkan dari dalam, sudah tentu seluruh badan akan kena taik”.Pemikiran Sayyid Qutb ini telah cuba dianjakkan oleh Hasan Turabi dalam konteks Sudan. Beliau mewujudkan musolahah atau reconciliation dengan Presiden Jaafar Numeiry pada tahun 1970an. Namun langkah itu tidak berlaku tanpa korbannya. Gerakan Islam pimpinan Turabi berpecah. Ironinya, Ikhwan Ad-Dauli yang berpengkalan di Mesir mengendos kumpulan serpihan sebagai gerakan Islam sah di Sudan dan menolak serta mengecam kumpulan Turabi.Pada awal tahun 1980an Malaysia juga tidak sunyi daripada eksperimen ini. Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Umno seperti mengendos rejim Mahathir. PAS dan gerakan Islam ditinggalkan terkontang-kanting pada masa itu. Kemenangan Anwar Ibrahim mengalahkan calon PAS, Hj Zabidi di Permatang Pauh pada Pilihanraya 1982 melambangkan pada masa itu bahawa golongan Islamis boleh bertapak dalam wadah politik nasionalis seperti Umno.Gagasan perdamaian dengan rejim yang memerintah semakin popular pada 1980an. Gagasan International Institute of Islamic Thought, IIIT di Washington DC di bawah pimpinan Ismail Faruqi, melahirkan manual bagi modus operandi perubahan Islamisasi dari dalam pemerintah sendiri. Mereka yang mengasaskan IIIT bukan calang-calang orang. Sebahagian besar daripada mereka berasal dari Iraq. Mereka adalah seangkatan dengan Saddam Hussein semasa masing-masing berusaha menempatkan diri ke tapak kuasa politik Iraq. Kesudahannya Saddam Hussein yang menang. Di mana salah? Anwar Ibrahim juga adalah salah seorang pengasas IIIT. Di mana salahnya?

Monday, January 25, 2016

Doa elak dirogol

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak

Di Rogol & Cabul

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.


Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini.  Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM 

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri. 

Fikirkanlah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

12 Ramadhan 1428 H

24 September 2008




P/S ; DIBENARKAN SEMUA PIHAK UNTUK MENGEDARKAN TULISAN INI. SAYA MEMBERIKAN KEIZINAN MALAH GALAKKAN

Tuesday, January 12, 2016

                       بسم الله الرحمن الرحيم



BAB BERAMAL BUKAN UNTUK MENUNJUK-NUNJUK


عَنْ أبي هُرَيْرَةَ قَال قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم
يقول إِنَّ أَوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهِ رَجُلًٌ اُسْتُشْهِدَ
فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيْهَا قَالَ قَاتَلْتُ
فِيْكَ حَتَّى اُسْتُشْهِدْتُ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ لأَنْ يُقَالَ جَرِيءًٌ فَقَدْ قِيْلَ
ثُمَّ أُمِرَ ِبِه فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ

   وَرَجُلًٌ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَعَلَّمَهَ وَقَرَأَ الْقُرْآنَ
فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيْهَا
قَالَ تَعَلَّمْتُ الْعْلِم وَعَلَّمْتُهُ وَقَرَأتُ فِيْكَ الّقُرْآنَ قَالَ كَذَبْتَ
وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ الْعِلْمَ لِيُقَالَ عَالًٌم وَقَرَأتُ الْقُرْآنَ لِيُقَالَ هُوَ قَارِئًٌ فَقَدْ قِيْلَ
ثُمَّ أُمِرَ ِبِه فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ

وَرَجُلًٌ وَسَّعَ اللهُ عَلَيْهِ
وَأَعْطَاهُ مِنْ أَصْنَافِ الْمَالِ كُلِّهِ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نَعَمَهُ فَعَرَفَهَا
قال فَمَا عَمِلْتَ فِيْهَا قَالَ مَا تَرَكْتُ مْن سَبِيْلِ
تُحِبُّ أَنْ يُنْفَقَ فْيهَا إِلاَّ أَنْفَقْتُ فِيْهَا لَكَ قَالَ كَذَبْتَ
وَلَكِنَّكَ فَعَلْتَ لِيُقَالَ هُوَ جَوَادًٌ فَقَدْ قِيْلَ
ثُمَّ أُمِرَ ِبِه فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ
 
Dari Abu Hurarairah r.a. katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya orang -orang yang dahulu diputuskan perkaranya pada hari kiamat
ialah orang yang syahid. Orang itu dihadapkan, lalu diperingatkan kepadanya
nikmat Tuhan dan diakuinya. Ditanyakan :
"Apakah engkau perbuat dengan nikmat Tuhan itu?"
Dia menjawab : "Saya berperang pada jalan Engkau, sampai saya mati syahit"
Firman Allah : "Engkau dusta, melainkan engkau berperang supaya disebut
sebagai orang yang berani"
Sesungguh disebutkan : "Kemudian diperintahkan diheret dengan muka telungkup
 sampai dilemparkan ke dalam api neraka"

"Dan seorang lagi yang mempelajari ilmu pengetahuan, mengajarkannya
dan membaca Al Quran. Lalu orang itu dihadapkan, diperingatkan nikmat Tuhan
dan diakuinya. Ditanyakan : "Apakah yang engkau perbuat dengan nikmat Tuhan itu?"
Dia menjawab : "Saya mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membaca Quran kerana Allah"
Firman Allah : "Engkau dusta! melainkan engkau mempelajari ilmu pengetahuan supaya
engkau disebut orang yang banyak membaca Quran.
Sesungguhnya disebutkan : "kemudian orang itu diperintahkan supaya diheret dengan muka
terlungkup sampai dilemparkan ke dalam neraka"

"Dan seorang yang dicukupkan penghidupannya dan diberi segala macam kekayaan
Lalu dihadapkan, diperingatkan kepada nikmat Tuhan dan diakuinya"
"Ditanyakan apakah yang engkau perbuat dengan nikmat Tuhan
Dia menjawab : "Setiap lapangan yang Engkau sukai supaya dikeluarkan
nafkah untuk itu, tidak pernah saya ketinggalan untuk membelanjakan
kerana Allah " Firman Allah : "Engkau dusta ! melainkan engkau
perbuat itu supaya disebut orang dermawan".
Sesungguhnya disebutkan : "Kemudian diperintahkan supaya diheret
dengan muka terlengkup sampai dilemparkan ke dalam neraka"
Hadis sahih riwayat Muslim

                  

Friday, April 3, 2015

Dipenjarakan kerana berjanggut dan bertudung

Pemerintah Tiongkok Memenjarakan Pasangan Muslim Karena Berjenggot dan Berhijab

Suaranetizen.com - Pemerintah Tiongkok melalui Pengadilan Kasghar menjatuhkan vonis enam tahun dan dua tahun penjara kepada pasangan Muslim Uighur di Xinjiang hanya karena berjenggot dan mengenakan hijab. Vonis ini mendapat kecaman dari umat Islam Xinjiang dan dianggap tidak masuk akal.

"Ini adalah kasus yang tidak akan terjadi di negara lain di dunia," ujar juru bicara World Uighur Congress Dilxat Raxit, dikutip dari dream/onislam.net, Rabu, 1 April 2015.

Raxit mengatakan putusan ini menunjukkan permusuhan yang dibangun pemerintah Tiongkok terhadap Islam. Di samping itu, putusan ini juga memperkeruh situasi politik di Kashgar yang tengah dilanda krisis pemerintahan.

Awal minggu lalu, surat kabar setempat melaporkan Muslim Uighur berusia 38 tahun telah dijatuhi hukuman enam tahun penjara karena memiliki jenggot. Sementara istrinya diganjar dua tahun karena memakai cadar atau niqab.

Pria yang tidak disebut identitasnya ini mulai menumbuhkan jenggotnya pada tahun 2010. Sementara istrinya mengenakan burqa atau hijab yang menutupi wajah.

Pihak berwenang Xinjiang mengklaim pasangan itu dinyatakan bersalah karena terlibat pertengkaran dan memprovokasi masalah. Sejak April 2014, pihak berwenang Xinjiang mulai menawarkan hadiah uang tunai untuk informan yang melaporkan tetangga mereka yang menumbuhkan jenggot.

Awal bulan ini, Pimpinan Cabang Partai Komunis di Kashgar melarang wanita menggunakan hijab dan menggambarkan kota sebagai garda depan dalam memerangi ekstremisme.

"Jika orang Tiongkok menumbuhkan jenggot, itu adalah masalah pribadi dan dia diperbolehkan secara bebas. Jika Uighur menumbuhkan jenggot, ia dianggap ekstrimis agama," kata Raxit.

"Tujuan China adalah dengan menggunakan jalur hukum untuk memaksa orang Uighur meninggalkan tradisi mereka dan menerima tradisi orang-orang Tionghoa," sambungnya.

Muslim Uighur adalah minoritas berbahasa Turki dengan populasi mencapai delapan juta di barat laut Xinjiang.

Xinjiang, yang para aktivis menyebutnya Turkestan Timur, telah otonom sejak 1955. Namun Xinjiang terus mengalami tindakan represif besar-besaran oleh pemerintah China.

Kelompok-kelompok HAM menuduh pemerintah China berdalih memerangi terorisme dengan melakukan tindakan represif secara keagamaan terhadap minoritas muslim Uighur

Monday, December 23, 2013

Siru fi himallah oleh ustaz haslin dengan lirik

 سيروا في حمى الله المعين

 siru fi himallah hil muin
lirik nya..
2x سيروا في حمى الله المعين كنوا جنود ربَ العالمين
Berjalan lah , dalam pemeliharaan ALLAh
Jadikanlah , kamu tentera tuhan Semesta Alam
إعملوا تنالوا واهتفوا وقلوا ماليزيا لنا ...لا للمرتدين x2
Beramal lah teruskan lah katakan lah
Malaysia milik kita bukan milik mereka yang kesesatan
عاشت ماليزيا حرة لنا ودامت أرضها للمسلمين x2


Hidup , Malaysia merdeka untuk kita dan sentiasa buminya bagi orang islam
Nyanyian Ustaz haslin baharin(ustaz bollywood)

Contoh-contoh mukhadimah pidato atau ceramah

CONTOH-CONTOH MUKADIMAH KETIKA BERPIDATO ,CERAMAH ,BERCAKAP DAN LAIN-LAIN 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ ،َأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.، أَمَّا بَعْدُ؛

Segala puji bagi Allah, kita memuji-Nya dan meminta pertolongan, pengampunan, dan petunjuk-Nya. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kita dan keburukan amal kita. Barang siapa mendapat dari petunjuk Allah maka tidak akan ada yang menyesatkannya, dan barang siapa yang sesat maka tidak ada pemberi petunjuknya baginya. Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Ya Allah, semoga doa dan keselamatan tercurah pada Muhammad dan keluarganya, dan sahabat dan siapa saja yang mendapat petunjuk hingga hari kiamat.


اَلْحَمْدُ ِللهِ الْمَلِكِ الْحَقِّ الْمُبِيْنِ، الَّذِي حَبَانَا بِالْإِيْمَانِ واليقينِ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد،ٍ خَاتَمِ الأَنْبِيَاءِ وَالمُرْسَلِين، وَعَلَى آلِهِ الطَّيِّبِيِن، وَأَصْحَابِهِ الأَخْيَارِ أَجْمَعِين، وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ

Segala puji bagi Allah, al-Malik Al-Haqq, Al-Mubin, yang memberikan kita iman dan keyakinan. Ya Allah, limpahkan shalawat pada pemimpin kami Muhammad, penutup para nabi dan rasul, dan begitu pula pada keluarganya yang baik, kepada para sahabat piluhan, dan yang mengikuti mereka dengan penuh ihsan hingga hari kiamat.


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيْرًا بَصِيْرًا، تَبَارَكَ الَّذِيْ جَعَلَ فِي السَّمَاءِ بُرُوْجًا وَجَعَلَ فِيْهَا سِرَاجًا وَقَمَرًا مُنِيْرًا. أَشْهَدُ اَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وأََشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وُرَسُولُهُ الَّذِيْ بَعَثَهُ بِالْحَقِّ بَشِيْرًا وَنَذِيْرًا، وَدَاعِيَا إِلَى الْحَقِّ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُنِيْرًا. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا. أَمَّا بَعْدُ؛


Segala puji bagi Allah, yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat hamba-hambanya, Maha suci Allah, Dia-lah yang menciptakan bintang-bintang di langit, dan dijadikan padanya penerang dan Bulan yang bercahaya. Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, yang diutus dengan kebenaran, sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan, mengajak pada kebenaran dengan izin-Nya, dan cahaya penerang bagi umatnya. Ya Allah, curahkan sholawat dan salam bagi nya dan keluarganya, yaitu doa dan keselamatan yang berlimpah.


الْحَمْدُ لله رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ عَلَى أُمُوْرِ الدُّنْيَا وَالدِّيْنِ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْنَ، نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِيْنَ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ، وَبَعْدُ:
 ” Segala puji hanya milik Allah Rabb alam semesta, kepada Allah kita memohon pertolongan atas segala urusan dunia dan agama, shalawat dan salam semoga senantiasa tercurah atas sebaik-baik Rasul yaitu Nabi Muhammad SAW, dan atas semua keluarganya, para shahabatnya, para tabi`in, dan semua yang mengikuti mereka dengan baik sampai hari pembalasan. Wa ba’d”

الْحَمْدُ لله الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالْهُدَى وَدِيْنِ الْحَقِّ، لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَكَفَى بِاللهِ شَهِيْدًا، . أَشْهَدُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًااَللَّهُمَّ صَلِّ ..، وَبَعْدُ:
 “Segala puji hanya milik Allah yang telah mengutus Rasul-Nya dengan hidayah dan Agama yang Haq, untuk memenangkannya atas semua agama lainnya, dan cukuplah Allah sebagai saksi, Aku bersaksi … dan aku bersaksi bahwa … Wa ba’d”

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ، فَانْتَهُوْا عَمَّا نَهَى عَنْهُ وَحَذَّرَ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ اَلْوَاحِدُ الْقَهَّاُر، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ سَيِّدُ اْلأَبْرَارِ. فَصَلَوَاتُ اللهِ وَسَلاَمُهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَ هُدَاهُ إِلَى يَوْمِ الْبَعْثِ وَالنُّشُوْرِ. أَمَّا بَعْدُ؛
 “Segala puji hanya milik Allah dengan pujian yang banyak sebagaimana Allah perintahkan, maka berhentilah dari segala yang Allah larang dan yang Allah peringatkan. Aku bersaksi bahwa tiada Ilah yang berhak disembah selain Allah Yang Esa dan Perkasa, dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan Allah yang menjadi pemimpin bagi semua manusia, shalawat dan salam Allah atas beliau, atas keluarga, shahabat dan orang-orang yang setia mengikuti petunjuknya sampai hari kebangkitan dan hari kembali.”

فَإِنَّ أَصْدَقَ الْحَدِيْثِ كِتَابُ اللهِ وَخَيْرَ الْهَديِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَشَرَّ الأُمُوْرِ مُحَدَثَاتُهَا، وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلةٌ، وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.
“Sesungguhnya sebenar-benar pembicaraan adalah Kalam Allah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shollallâhu ‘alahi wa ‘alâ âlihi wa sallam. Dan sejelek-jelek perkara adalah yang diada-adakan, setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah, setiap bid’ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan adalah di neraka.”
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ
Artinya: Segala puji bagi Allah Sang Penguasa alam semesta. Semoga salawat serta keselamatan tercurahkan selalu kepada Nabi dan Rasul termulia. Berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya, semuanya.

الْحَمْدُ ِللهِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ اللهِ أَمَّا بَعْدَهُ
Artinya: Puji syukur kepada Allah dan doa salawaat serta doa keselamatan kepada rasulullah junjungan dan pembimbing kita, Nabi Muhammad bin Abdillah.


wallahua'lam